glutaking whitening

Thursday, April 4, 2013

Khasiat Serbuk Mutiara





 


1. Meningkat Keimunan, Mengukuh Pertahanan Badan
Serbuk mutiara mengandungi leusina, metionina, alanina dan 18 jenis asid amino yang lain. Amino asid ditumbuhkan dalam limfoid dan ia adalah penting untuk perkembangan tubuh badan. Ia memberi kesan yang penting untuk sintesis protein. Pengambilan serbuk mutiara dalam jangka masa panjang dapat meningkatkan aktiviti sel T, limf...a B dalam sistem imun badan dan menambahkan rintangan ke atas penyakit.
 

 

 2. Kalsium Tambahan
Kajian ahli pemakanan telah menunjukkan bahawa kalsium yang diperlukan di kalangan orang ramai masa kini adalah sangat berkurangan dengan pengambilan kalsium harian mereka. Serbuk mutiara telah dijadikan sejenis kalsium tambahan yang baru dan sangat dimintai dan dihargai oleh para pengguna, ia dikenalkan sebagai "Kalsium Mutiara". Serbuk mutiara mengandungi 90-92% kalsium aktif, kandungan kalsium tulen telah mencapai 38-40%. Dos 600mg sehari adalah bersamaan dengan 220-240mg kalsium tulen. Kalsium tulennya dalam serbuk mutiara adalah 4 kali ganda lebih daripada kalsium tambahan dalam glukonat dan ia adalah semulajadi. Kalsium berkadar tinggi dengan penyerapan 25-32%. Jika telah mengambil serbuk mutiara, jadi tidak perlu lagi mengambil kalsium tambahan yang lain.
 

 

 3. Anti Penuaan, Pemudaan Selamanya
Keupayaan untuk menentang radikal bebas berkurangan apabila berumur. Serbuk mutiara mengandungi 3 unsur surih: mangan, tembaga dan zink dimana ia adalah bahan-bahan yang membentuk SOD. Bila memakai serbuk mutiara pada muka, ia boleh menggalakkan activiti SOD pada kulit, mengelak pembentukan melanin dan menjaga kecerahan kulit. SOD juga berkesan untuk menghapuskan radikal bebas dan apabila menggunanya pada muka, ia berupaya mencegah kulit daripada pengerutan dan penuaan. Serbuk mutiara harus digunakan untuk pengawalan daripada kedalaman badan, menyokong pada luar badan dan digunakan berterusan.
 
 
 
 
 

 4. Meningkatkan Kualiti Tidur
Menurut Buku Perubatan Purba Cina, “Mutiara mampu menenangkan pemikiran dan hati" dan ia boleh merawat ketakutan dan insomnia. Serbuk mutiara mengandungi banyak asid amino dan unsur surih yang boleh membantu pusat otak mencapai kesan "kestabilan dan ketenangan". Apabila badan menyerapnya, ia dapat memupuk sel-sel keletihan yang disebabkan oleh keghairahan dan menenangnya. Ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang dalam ketakutan.
 
 
 
 


5. Rawatan Borok, Menggalakkan Kesihatan Mulut
Borok mulut adalah dicirikan sebagai kejangkitan berulangan yang boleh berlaku di mana-mana bahagian mukosa seperti bibir, pipi dan lidah. Kes-kes yang teruk boleh merebak kepada mukosa farinks. Serbuk mutiara berkesan untuk pembersihan, menyahtoksikkan dan kesembuhan luka. Serbuk mutiara nano yang khas mengandungi saiz zarah purata 40 ~ 100 nm, bersamaan dengan 1 / 60 saiz pori yang membolehkannya bertindak dengan permukaan borok yang paling luas.
 
 


 
6. Perlindungan Hati, Meningkatkan Penglihatan

 Serbuk mutiara berkesan untuk penyahtoksikan dan pengurangan haba. Hati adalah fungsi utama untuk penglihatan mata dan kepanasan hati akan menjejaskan penglihatan. Selenium yang terdapat di dalam serbuk mutiara dapat memperbaiki sistem saraf optik dan meningkatkan penglihatan; Zink yang terdapat di unsur surih boleh menggalakkan pengangkutan Axoplasmic di saraf optik, memperbaiki retina, metabolisme dan fungsi sel berpigmen. Ramai sarjana telah mengenalinya sebagai “Ubat Mata Yang Suci”.
 
 

 7. Melegakan Tekanan, Meningkatkan Kualiti Kehidupan
Penyelidikan perubatan moden telah menunjukkan serbuk mutiara terdapat kesan-kesan penyenangan dan keseimbangan ying yang demi mencapai kelegaan tekanan.

Selain daripada fungsi-fungsi di atas, pengambilan serbuk mutiara juga boleh membantu merawat keradangan, sembelit, penyahtoksikan, aritmia, kencing manis Type 2 dan penyakit wanita. Kesan-kesan ini telah mendapat pengiktirafan dalam perubatan moden.

No comments:

Post a Comment